ศัตรูที่แท้จริงของมนุษย์คือปัญญาและการถูกสาปจะไม่รู้

ศัตรูที่แท้จริงของมนุษย์คือปัญญาและการถูกสาปจะไม่รู้
Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil. ( Saidina Ali Abi Talib)


MALAYSIA


Kedudukan Malaysia
Malaysia terletak di antara garis lintang 1U - 7U dan garis bujur 100T - 120T.
Keluasannya ialah 329,757 km2 . ,Semenanjung Malaysia (131,598 km2), Sabah (73,710
km2) Sarawak (12, 449 km2). Malaysia terletak di tengah- tengah jalan laut
antarabangsa iaitu negara-negara Barat dan Timur. Bebas daripada bencana alam seperti
letusan gunung berapi, gempa bumi dan tiupan angin kencang. Mempunyai iklim
khatulistiwa yang panas dan lembab sepanjang tahun membolehkan pelbagai jenis
kegiatan ekonomi dijalankan. Bentuk mukabumi terdiri daripada kawasan tanah pamah
memudahkan kegiatan pertanian, petempatan dan perniagaan. Kawasan tanah tinggi pula
sesuai untuk kegiatan pelancongan dan pertanian.

BENTUK MUKA BUMI
Kepelbagaian Bentuk Muka Bumi Di Malaysia
Malaysia mempunyai pelbagai bentuk muka bumi yang indah. Terdapat tanah tinggi, tanah pamah, lembangan sungai dan pinggir laut. Kawasan bukit, gunung dan banjaran membentuk kawasan tanah tinggi. Malaysia mempunyai banyak banjaran, contohnya Banjaran Titiwangsa, Banjaran Crocker dan Banjaran Kapuas Hulu yang bergunung- ganang. Ketinggian gunung-ganang ini berbeza-beza (Lihat peta di bawah).



Kawasan tanah tinggi dan banjaran gunung di Malaysia.
Kedudukan Dan Keistimewaan Pelbagai Bentuk Muka Bumi Di Malaysia 
Malaysia terletak dipersimpangan jalan laut dan laluan udara antarabangsa, iaitu dari
timur ke barat dunia. Kedudukan yang strategik ini menjadikannya masyhur dan penting
sebagai pusat perdagangan antarabangsa. Banyak kapal-kapal dari barat seperti Eropah
dan Amerika yang menggunakan laluan di Selat  Melaka untuk ke negara-negara timur
seperti Jepun dan China.
Bentuk muka bumi yang pelbagai itu memungkinkan pelbagai kegiatan ekonomi
dijalankan seperti pelancongan, perikanan dan pertanian. 

Rangkaian Banjaran Gunung Di Malaysia
Pada umumnya, Malaysia adalah sebuah negara yang bergunung-ganang.
Kawasan tanah tinggi yang terdapat di Malaysia ialah di sekitar:;
•Bahagian tengah Semenanjung Malaysia
•Bahagian pedalaman Sabah dan Sarawak
Kawasan tanah tinggi mempunyai kepentingannya yang tersendiri.

Kepentingan Kawasan Tanah Tinggi
•Kawasan pembalakan
Hutan Malaysia terutamanya tanah tinggi Sabah dan Semenanjung Malaysia
menghasilkan kayu berharga seperti merbau, meranti, cengal dan hasil hutan lain
seperti rotan dan buluh.
•Kawasan tadahan air dan legeh
Kawasan tadahan air bagi beberapa batang sungai seperti Sungai Perak dan
Sungai Pahang.

•Pusat peranginan
Bukit Fraser, Tanah Tinggi Genting, Tanah Tinggi Cameron dan Bukit Bendera.

•Tapak penjanaan kuasa hidro elektrik
Empangan Chenderoh, Empangan Kenyir, Empangan Batang Ai (Sarawak),
Empangan Tenom Pangi (Sabah).

•Kawasan pertanian
Sesuai untuk menanam tanam-tanaman hawa sederhana seperti teh, bunga,
sayur-sayuran dan buah-buahan seperti di cerun-cerun bukit di Tanah Cameron.

Banjaran gunung yang utama di Semenanjung Malaysia ialah :
Banjaran Titiwangsa
Banjaran terpanjang di Semenanjung Malaysia.
Juga dikenali sebagai Banjaran Besar.
Merupakan 'tulang belakang' bagi Semenanjung Malaysia.
Menjadi legeh utama bagi sungai-sungai di Malaysia.
Kemuncak tertinggi ialah Gunung Tahan (2178m).
Mempunyai tiga pusat peranginan iaitu, Tanah Tinggi Genting, Bukit Fraser dan
Tanah Tinggi Cameron.
Terdapat stesen penjanaan kuasa hidroelektrik di Tanah Tinggi Cameron.

Banjaran Bintang
Menganjur dari selatan Negara Thai dan merentas negeri Perak.
Kemuncak tertinggi ialah Gunung Bintang (1880 meter).
Menjadi legeh utama bagi sungai-sungai di Malaysia.
Adalah legeh bagi Sungai Perak dan cawangannya, Sungai Kinta.

Banjaran Keledang
Terletak di antara Sungai Perak dengan Sungai Kinta
Bercabang dari Banjaran Titiwangsa

Banjaran Tahan
Banjaran yang tertinggi di Semenanjung Malaysia.
Kemuncaknya yang tertinggi ialah Gunung Tahan (2190 m); kemuncak yang
tertinggi di Semenanjung Malaysia.

Banjaran Pantai Timur
Dikenal juga sebagai Tanah Tinggi Pantai Timur
Merupakan kawasan tadahan bagi Sungai Terengganu
Kaya dengan sumber balak dan rotan
Banjaran-banjaran gunung yang utama diS ab ah ialah :

Banjaran Crocker
Banjaran tertinggi dan terpanjang di Sabah.
Menganjur dari barat daya ke timur laut.
Kemuncak tertinggi ialah Gunung Kinabalu.
Gunung ini adalah yang tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara.
Banjaran ini memisahkan bahagian pantai barat dengan pedalaman Sabah.

Banjaran Brassey
Banjaran Maitland
Banjaran Trus Madi
Banjaran gunung yang utama diS araw ak ialah :
•Banjaran Tama Abu
•Banjaran Kapuas Hulu
•Banjaran Iran

Bagaimanakah Banjaran Gunung Terbentuk ?
Pergerakan dan pertembungan plat tektonik yang menghasilkan kuasa mampatan
menyebabkan lapisan-lapisan batuan di kawasan pertemuan terhimpit dan menyebabkan permukaan bumi berkedut-kedut atau terlipat. Lapisan yang melengkung ke atas dikenali sebagai lintap mungkum (antiklin) yang membentuk gunung lipat manakala lipatan yang melengkung ke bawah dikenali sebagai lintap lendut (sinklin) yang membentuk lembangan.
Jenis-Jenis Lipatan
Gunung lipat boleh dikelaskan kepada gunung lipat tua dan gunung lipat muda.

Gunung Lipat Muda
Terbentuk kira-kira 35 juta tahun dahulu
 Kebanyakannya amat tinggi, tidak sekata dan kasap
 Contoh: Banjaran Himalaya, Banjaran Andes, Banjaran Rocky, Banjaran Alps dan Banjaran Atlas

 Gunung Lipat Tua
Terbentuk kira-kira 200 hingga 350 juta tahun dahulu
Kebanyakannya agak rendah, kurang daripada 2000 meter dari aras laut kerana telah
mengalami proses penggondolan.
Contoh: ,    Pergunungan Appalachian, Banjaran Ural, Banjaran Pemisah Besar dan   Pennines.

Pergerakan kerak bumi yang berlaku di sepanjang rekahan atau retakan kerak bumi
dikenali sebagai gelinciran (sesaran). Gelinciran akan menyebabkan sebahagian kerak
bumi:
•menggelongsor ke bawah dan membentuk lurah gelinciran atau graben.
•terangkat ke atas dan membentuk gunung bongkah atau horst.
Gelinciran biasa berlaku apabila daya tegangan menyebabkan bahagian atas kerak bumi terbenam ke bawah di sepanjang rataan gelinciran. Gelinciran songsang berlaku apabila daya mampatan menolak bahagian kerak bumi ke atas melalui rataan gelinciran. Terdapat dua kuasa yang menyebabkan berlakunya proses gelinciran iaitu:
 
 Contoh gunung bongkah ialah Gunung Hunsruck, Gunung Vosges dan Black Forest di
Eropah dan Dataran Tinggi Arab di Asia. Contoh lurah gelinciran ialah Lurah Gelinciran
Afrika Timur dan Lurah Gelinciran Rhine yang terletak di antara Gunung Black Forest
dan Gunung Vosges.



Kawasan Tanah Pamah

Kawasan tanah pamah di Malaysia biasanya terletak di lembah-lembah sungai dan
berhampiran dengan pinggir laut. Kawasan-kawasan tanah pamah yang utama ialah:
Dataran Pantai Timur
Dataran Pantai Timur yang luas dan subur terdiri daripada:
  • Delta Kelantan 
  • Delta Terengganu
  • Delta Pahang
Dataran Pantai Barat
Dataran Pantai Barat menganjur dari utara negeri Perlis hingga ke selatan negeri Melaka.
  • Dataran ini termasuk:
  • Dataran Kedah - Perlis
  • Dataran Hilir Sungai Perak
  • Dataran Pantai Selangor
    Dataran Pantai Johor
    Dataran Seberang Perai
    Dataran Selatan
    Dataran di selatan Semenanjung Malaysia pula adalah :
    Beralun, berbukit-bakau dan juga berpaya.Sebahagian besar kawasan ini ditanami
    dengan getah, kelapa sawit dan nanas.
    Dataran pantai timur Sabah lebih lebar, tetapi sebahagian besarnya berpaya. Dataran
    pantai barat Sabah lebih maju walaupun sempit dan terputus-putus.
    Kawasan tanah pamah di Sabah dan Sarawak
    Kawasan tanah pamah yang luas di Sabah terdapat di :
    Sekitar Sungai Kinabatangan
    Semenanjung Semporna
    Bahagian hilir Lembah Segama
    Sekitar Sungai Labuk dan Sungai Segama
    Dataran pantai Sarawak adalah lebar iaitu antara 30 - 65km lebarnya. Ia terdiri
    daripada delta-delta yang luas dan bertanih lanar seperti:
    •Delta Rajang
    •Delta Baram
    Delta-delta ini adalah kawasan tanaman padi yang utama. Delta Rajang adalah dataranyang terpenting di Sarawak. 
    Kepentingan kawasan tanah pamah
    Sebagai kawasan pertanian
    Tanih aluvium sangat sesuai bagi penanaman pelbagai jenis tanaman seperti padi,kelapa sawit, nanas, kelapa.
    Sebagai kawasan perlombongan seperti Bijih timah, bauksit, tembaga, emas.
    Sebagai tapak petempatan
    Tapak petempatan, pekan dan bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur,
    Kuching dan Sandakan.
    Sebagai tumpuan jalan raya dan jalan keretapi
    Memudahkan pembinaan jalan raya dan keretapi sebagai tapak pembinaan
    kawasan perindustrian
    Kawasan Pinggir Laut
    Malaysia terletak di dalam kawasan Pentas Sunda. Oleh itu laut di sekeliling Malaysia adalah cetek dan kedalamannya adalah lebih kurang 180 meter. Semua negeri diMalaysia mempunyai kawasan pinggir lautkecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

    Bentuk-bentuk muka bumi di kawasan pinggir laut adalah:

No comments:

Post a Comment