ศัตรูที่แท้จริงของมนุษย์คือปัญญาและการถูกสาปจะไม่รู้

ศัตรูที่แท้จริงของมนุษย์คือปัญญาและการถูกสาปจะไม่รู้
Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil. ( Saidina Ali Abi Talib)


Showing posts with label ~♥✿.¸¸.•´✿◕ BUAT RENUNGAN BERSAMA.. ~♥✿.¸¸.•´✿◕. Show all posts
Showing posts with label ~♥✿.¸¸.•´✿◕ BUAT RENUNGAN BERSAMA.. ~♥✿.¸¸.•´✿◕. Show all posts

~♥✿.¸¸.•´✿◕ BUAT RENUNGAN BERSAMA.. ~♥✿.¸¸.•´✿◕

´¯`•.•★KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

´¯`•.•★KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB :
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah ayat 216)

´¯`•.•★KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB :
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah ayat 286)

´¯`•.•★KENAPA AKU FRUST?

QURAN MENJAWAB :
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman."
(Surah Al-Imran ayat 139)

´¯`•.•★BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB :
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
(Surah Al-Baqarah ayat : 45)

´¯`•.•★APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB :
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... "
(Surah At-Taubah ayat : 111)

´¯`•.•★KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB :
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
(Surah At-Taubah ayat 129)

´¯`•.•★AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB :
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
(Surah Yusuf ayat 12)

Sekadar Sebuah Renungan


Pernahkah anda rasa murung dan sengsara. dan tiada sesiapa disekeliling untuk anda luahkan perasaan??
itulah ALLAH.. Dia mahu anda berbicara dengan-NYA..
pernahkah anda duduk termenung dan tiba tiba terfikir perkara perkara baik yangg telah anda lakukan kepada orang lain??
itulah ALLAH.. Dia sedang berbicara dengan anda..
pernahkah anda terfikirkan seseorang yang telah lama anda rindui dan tiba tiba anda mendapat berita mengenai orang itu??
itulah ALLAH.. tiada perkara yang "tidak sengaja"
pernahkah anda mendapat sesuatu yangg anda idamkan secara tiba2??
itulah ALLAH.. Dia tahu kehendak anda..
pernahkah anda di dalam situasi/masalah yang anda tak tahu nak buat apa lagi untuk menyelesaikannya?? tapi bila anda renung kembali masa silam..
itulah ALLAH.. Dia memberi kesusahan dahulu sebelum memberi kesenangan masa depan.. dalam apa jua tindakan kita.. kita mesti serahkan sepenuhnya kpd ALLAH..
bersyukurlah dan semoga doa kita diberkati dan berterusan diperkenankan..