ศัตรูที่แท้จริงของมนุษย์คือปัญญาและการถูกสาปจะไม่รู้

ศัตรูที่แท้จริงของมนุษย์คือปัญญาและการถูกสาปจะไม่รู้
Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil. ( Saidina Ali Abi Talib)


Showing posts with label Santapan Rohani. Show all posts
Showing posts with label Santapan Rohani. Show all posts
“Mengapa mereka tidak bertanya jika tidak tahu? Sesungguhnya ubat kebodohan adalah bertanya”. (Hasan, diriwayatkan Imam Abu Dawud dalam Sunan-nya: 337 dan Ibnu Majah dalam Sunan-nya:572. Dan dihasankan syaikh al-Albani dalam Shohih Sunan Abu Dawud: 337)

Kedunguan hati dari ilmu dan kebisuan lisan dari berbicara dinyatakan sebagai penyakit. Dan ubatnya adalah bertanya kepada ulama, sehingga meraih ilmu yang bermanfaat, sebab ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang terpancar dari lentera Al-Qur’an dan as-Sunnah sesuai dengan pemahaman para sahabat dan tabi’in , termasuk perkara yang terkait dengan ma’rifat kepada Allah, hukum halal-haram, zuhud, kebersihan hati dan akhlaq mulia, serta mengatur kehidupan rumah tangga

Bukan Fantasi, Tapi Realiti Umat Islam Zaman Sekarang




Rasulullah SAW telah bersabda:

"Akan muncul di akhir zaman nanti, suatu kaum yang terdiri dari orang-orang muda yang masih mentah fikirannya (cetek faham agamanya). Mereka banyak mengucapkan perkataan Khairil Bariyah (firman Allah dan hadis Rasul), tetapi iman mereka masih lemah. Pada hakikatnya mereka telah keluar agama seperti anak panah yang lepas dari busurnya. Di mana sahaja kamu dapat menemuinya, maka hapuskanlah mereka itu, siapa yang dapat menghapus mereka, kelak akan mendapat pahala di hari kiamat." (HR Bukhari dan Muslim)
Dari Anas bin Malik r.a dari Nabi saw. sabdanya,: ”Semua negeri akan diinjak oleh Dajjal, melainkan Mekah dan Madinah. Di mana setiap jalan masuk ke dalam kedua kota itu dijaga oleh malaikat dengan berbaris. Kemudian Madinah bergoncang tiga kali goncangan, maka ketika itu Allah SWT mengeluarkan semua orang kafir dan orang munafik.
Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “
Sesiapa bersedekah seberat biji kurma dari usaha yang baik, dan tidak naik (sampai) kepada Allah melainkan yang baik, maka sesungguhnya Allah menyambutnya dengan tangan kanan-Nya. Kemudian Allah memelihara sedekah itu untuk pemiliknya, sebagaimana seorang kamu memelihara anak-anak kudanya sehingga menjadilah
sedekah itu setinggi gunung.” (al-Bukhari dan Muslim)
Dari Anas ibni Malik ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Aku berkeinginan untuk bertemu dengan saudara-saudaraku. 
Para sahabat Berkata, Tidakkah kami ini saudara-saudara tuan? Baginda SAW menjawap: Kamu adalah sahabatku, tetapi saudara-saudaraku ialah orang-orang yang beriman kepadaku, walaupun mereka tidak melihatku."
(H.R. Al-Hakim)
Hazrat jabir ra meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,"Al- Quran adalah pemberi syafaat yg syafaatnya diterima dan sebagai pembela yg pembelaannya dibenarkan. Sesiapa  meletakkan Al-Quran di hadapan, Al-Quran akan membawanya ke
syurga,sesiapa meletakkan Al-Quran di belakang maka Al-Quran akan mencampakkannya ke dalam neraka.."

Keterangan Hadith ini bermaksud bahawa jika Al-Quran  mensyafaati sesiapa sahaja, syafaat Al-Quran itu di terima oleh ALLAH s.w.t.Maksud daripada 'pembelaan Al-Quran' telah dijelaskan pada hadith kelapan, yakni Al-Quran akan merayu di mahkamah ALLAH s.w.t. bagi meninggikan darjat mereka yang menurut perintah-2.
Sementara, mereka yg tidak menunaikan hak-2, Al-Quran
akan menuntut,"Kenapa engkau tidak menunaikan hak-2ku?"
Sesiapa sahaja yg menyimpan Al-Quran dgn baik yakni dgn
menurut perintah Al-Quran dan menjadikannya peraturan hidup
Maka Al-Quran akan membawa org itu ke syurga.
Manakala,sesiapa yg membelakangkan Al-Quran yakni
tidak mengikutinya Maka tidak ragu-2 lagi Al-Quran
akan mencampakkannya ke dalam neraka...
Bersikap acuh tidak acuh terhadap Al-Quran juga termasuk dalam
maksud meletakkan Al-Quran di belakang. Banyak hadith yg
memberi amaran terhadap bersikap acuh tidak acuh
terhadap Al-Quran. 



Dalam kitab Sahih Bukhari ada sebuah hadith yg panjang tentang
Rasulullah s.a.w. di bawa berjalan melihat sebahagian balasan di
akhirat. ALLAH s.w.t. telah memperlihatkan kepada Baginda
s.a.w. keadaan seorang yg kepalanya di hentakkan dengan
batu. Hentakan itu begitu kuat sehingga kepala itu hancur.
Apabila di tanya oleh Rasulullah s.a.w. , Baginda s.a.w. di beritahu
bahawa Allah swt telah mengajar AL-Quran kepada orang
tersebut,tetapi dia tidak pun membacanya pada waktu malam
dan tidak juga beramal dengannya pada waktu siang.
Oleh kerana itu,seksaan sedemikian akan berterusan ke
atasnya sehingga ke hari kiamat.
Semoga Allah s.w.t. menerusi rahmatNya melindungi kita
daripada azabNya itu.
Sememangnya Al-Quran yg suci adalah satu nikmat yg
besar,apa-2 sahaja azab yg di kenakan kerana tidak
mengendahkan Al-Quran adalah patut..


Dari Ibnu Abbas ra meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. bersabda: Terdapat lima doa yang pasti di terima doanya:
  • Doa seorang yang dizalimi selagi dia tidak mengambil tindak balas ke atas orang yang menzaliminya. 
  • Doa seorang Haji selagi dia belum kembali ke kampung halamannya. Doa seorang Mujahid selagi dia masih berada di perbatasan. 
  • Doa seorang yang sedang sakit sebelum sembuh.
  • Doa seorang saudara kepada saudaranya yang lain dibelakangnya yang dilakukan secara sembunyi. 
selanjutnya  Baginda Rasulullah S.A.W. bersabda: Di antara doa-doa tersebut yang paling cepat di terima ialah;
  •  Doa seorang saudara kepada saudaranya yang lain secara tersembunyi.