Ni cerita pasal raja yang cerdik tinggal dikawasan pergunungan. Raja ini mahu membina istana yang cantik dari segi reka bentuk dan seninya dan juga boleh membuatkan rakan rakan baginda rsa kagum. Jadi raja tersebut memerlukan orang orang yang hebat dan terpilih untuk memenuhi impiannya. Lalu raja tersebut telah membuat tawaran kepada semua rakyatnya dan rakyatnya rasa teruja untuk membuat istana tersebut. Tapi raja itu berfikir baagaiman untuk memilih orang orang yang sesuai. Raja yang cerdik itu mendapat akal untuk menguji rakyatnya.
Keesokan pagi nya raja telah meletakan batu yang besar di tengah tengah jalan menuju ke istananya dan raja telah menyorok dibelakang semak untuk memerhati gelagat org yang akan datang ke istana nya.
Tidak lama kemudian dtg sekumpulan org ke jalan itu dan salah seorang telah bersuara.
Pemuda 1: Siapala yang buat keje bodoh ni! ade ke patut letak batu kat tengah jalan camni?
Pemuda 2: Betul tu! menyusahkan orang tuk lalu je.
Mereka pon terus beredar. Raja berasa kecewa melihat mereka.
Kemudian muncul kumpulan kedua, sebaik sahaja sampai di batu itu mereka semua terus panik dan mennjerit, "BATU BESAR! BATU BESAR! GEMPA BUMI WOI! SELAMATKAN DIRI!!!". Mereka semua terus melarikan diri. Raja terkejut melihat mereka, tetapi raja masih sembunyi.
Tiba tiba raja mendengar suara yang kuat ketawa besar beramai ramai, raja pon menjengukkan kepala dan telah melihat sekumpulan pemuda yang seronok bersembang. Sepanjang perjalanan mereka hanya gelak ketawa dan tidak menghiraukan batu di tengah jalan. Raja berkata dalam hati, "mereka ni buta ke?".
Raja telah berasa hampa dengan rakyat nya, tiada orang yang layak untuk membina istana nya. Tiba tiba sekumpulan pemuda sampai di batu besar itu. Dalam hati raja itu berkata, "Mereka ni pon same jugak la, kejap lagi pergi camtu je".
Seorang pemuda disitu berkata.
Pemuda A : Kawan kawan, batu ni halang jalan la, ley susah kan org yang lalu kat sini.
Pemuda B : Betul la, jom alihkan batu ni. Wat semak je kat tengah jalan ni.
Meraka pon bekerjasama menglihkan batu besar tersebut ketepi. Setelah mengalihkan batu besar tersebut, seorang rakan dalam kumpulan itu terlihat lubang ditempat batu besar tersebut. Dalam lubang itu ada sebuah beg dan pemuda itu telah mengambil dan membuka nya. Dalam beg itu ada seketul jongkong emas dan sekeping kad jemputan, "TAHNIAH! Anda semua dipelawa untuk bersama sama raja untuk membina Istana."
Raja tersebut hanya tersenyum di belakang semak.
No comments:
Post a Comment