Di sebuah bandar lama, ada seorg hamba allah ni, Ramen name diberi.
Dia seorg yg miskin, tp dikenali ramai sbb suka mintak sedekah. Jadi suatu hari, ade la sorg mamat ni nak kenakan dia. Mamat ni pergi wat kabar angin yg dia ni adalah seorg yg sgt cerdik, mempunyai IQ hampir 300%. Cerita ni sampai ke dlm istan dan Raja pun perintahkan Ramen mengadap. Pengawal pon pergi la kerumah Ramen.
Pengawal : En. Ramen, anda dikehendaki mengadap Raja sekarang juga.
Ramen : ape kes?
Pengawal : Ini tugasan sulit, saya tidak diberitahu kenapa. Sila ikut saya sekarang.
Ramen : takmo la. watpe jmp dia, bukan artis pon. huh!
Pengawal itu tersenyum lalu mengkap Ramen dan bawa ke istana. Setiba nya di istana, Ramen dibawa mengadap Raja dan Permaisurinya.
Pengawal : Ampun tuanku, Hamba telah membawa Ramen mengadap tuanku.
Raja : Bagus! Beta up gaji kamu 1%.
Pengawal : terima kasih Tuanku.
Ramen : ceh! kedekut tul, 1% jer, dah la gaji dia xsampai $200, brape sen sgt dpt?
Raja : Hah!? adakah kamu bernama Ramen?
Ramen : ha'ah, nak ape?
Raja : Beta dengar kamu ini seorang yang bijak.
Ramen : lerr... baru tau ke? kesian...
Raja : Baiklah. Pengawal bawakan 5 biji telur ayam kemari.
Pengawal : Ini telur nya tuanku.
Raja : Berikan kepada Ramen. Ramen, jika kamu pandai, bahagikan 5 biji telur ini kepada Beta, Permaisuri beta dan kamu supaya mendapat sama banyak sama adil.
Ramen : hek eley.. soklan ape ni? xde masa UPSR pon. telo ni dah masak ke?
Raja : Belum.
Ramen : goreng kunyit, pastu bahagi tiga nak?
Raja : Tidak boleh.
Ramen : nak bagi camni je la? senang jer tu.
Raja : Bagaimana?
Ramen : 1 utk Tuanku, 1 utk hamba dan lagi 3 tuk Permaisuri yg comey ni.. kan dah dpt sama byk, adil tak?
Raja terkejut dengan kata2 Si Ramen dan Permaisuri nya tertunduk malu.
No comments:
Post a Comment