ศัตรูที่แท้จริงของมนุษย์คือปัญญาและการถูกสาปจะไม่รู้

ศัตรูที่แท้จริงของมนุษย์คือปัญญาและการถูกสาปจะไม่รู้
Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil. ( Saidina Ali Abi Talib)


HUTAN GUNUNG

HUTAN GUNUNG

Ciri-ciri utama
• Hutan gunung terdapat di kawasan yang ketinggiannya melebihi 1 200 meter dari aras laut
• Tumbuh dengan subur di kawasan tanah laterit.
• Pokok-pokok semakin jarang apabila tanah semakin tinggi

Jenis Tumbuhan (Flora)
Jenis Tumbuhan di hutan gunung berbeza mengikut ketinggian :

• Ketinggian 1 200 - 1 800 meter :
Terdapat hutan montane bawah atau dikenali juga hutan daun luruh (oak dan laurel), tumbuhan epifit (orkid, paku langsuyar (bird nest))

• Ketinggian 1 800 - 2 900 meter :
Terdapat hutan montane atas atau dikenali juga hutan poko tirus (pain, sprus, gelam gunung), epifit (liken, lumut), Rafflesia, periuk kera, pokok rhododendron.

• Ketinggian 2 900 - 3 500 meter ;
Tumbuhan hampir alpain iaitu pokok kerdil dan rumput, pokok renek konifer, rumput jenis Low's Buttercup, Bornean eyebright, red sanicle dan periuk kera

• Ketinggian melebihi 3 500 meter
Tedapat pokok-pokok renek, paku-pakis, lumut

Jenis Hidupan (Fauna)

Jenis fauna yang hidup di hutan gunung berbeza-beza juga mengikut ketinggian:
• Di hutan montane bawah : Terdapat harimau dahan, kucing batu, ungka, binturong, musang, katak, burung dan serangga).
• Di hutan montane atas : Terdapat beruang, ferretbadger, tikus, burung dan serangga)
Kawasan
• Gunung Kinabalu (Sabah)
• Banjaran Crocker
• Banjaran Titiwangsa
• Pergunungan Iran
• Banjaran Tama Abu
• Banjaran Tahan, Bukit Fraser, Tanah Tinggi Cameron (Pahang) Gunung Jerai (Kedah)



Jenis tumbuh-tumbuhan flora


Paku Langsuyar (Bird Nest)
Tanduk rusa
duit duit (sisk naga)
pokok rhododendron
Bornean eyebright
 red sanicle
Poko Oak

Periuk Kera
Bunga Reflesia




JENIS HIDUPAN (FAUNA) DI HUTAN GUNUNG

harimau Dahan
Harimau dahan
Kucing batu
Kucing Batu
Binturong
Ungka





No comments:

Post a Comment