ศัตรูที่แท้จริงของมนุษย์คือปัญญาและการถูกสาปจะไม่รู้

ศัตรูที่แท้จริงของมนุษย์คือปัญญาและการถูกสาปจะไม่รู้
Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil. ( Saidina Ali Abi Talib)


Zammbegha

SUATU MASA DAHULU di negeri bernama Dar Cappati, berhampiran dengan negeri Dar Canai dan Dar Perata...tinggal sepasang  suami -isteri jauh di pedalaman.
Suami isteri miskin itu hidup susah dan tidak pernah keluar jauh dari rumah mereka......
Saban hari pasangan bahagia ini menyara hidup dengan apa yang mereka usahakan sekitar rumah nya. Makanan harian mereka
berdua adalah capati yang dibuat sendiri.....

Bertahun-tahun makan' capati '...Suatu hari sisuami berkata kepada isterinya.. Wahai isteriku ..kita hari-hari makan capati, dah terlalu jemu rasanya. Abang rasa eloklah sesekali kita ke  bandar dan merasa makanan orang di sana.
Elok juga tu, balas siisteri.....
Maka keesokkan harinya kedua suami -isteri itu berjalan menyusuri
gunung, sungai dan padang nan luas untuk ke bandar. Setelah beberapa hari  sampailah ke sebuah pekan kecil.
Oleh kerana terlalu lapar dan dahaga, mereka terus menuju ke sebuah gerai menjual makanan.  Ramai orang sedang menjamu selera di gerai itu. Sang Suami terus menggamit seorang pelayan
gerai tersebut. Olehkerana tidak memahami bahasa yang diucapkan oleh kedua suami-isteri itu, pelayan mengunjukkan senarai menu.
Pasangan itu tak tahu membaca.. jadi mereka memesan dengan menunjuk-nunjuk sahaja..
Apabila makanan sampai alangkah terkejut keduanya kerana yang diminta itu....CAPATI..
Di sebabkan lapar mereka makan juga sampai habis....Sisuami mula mencari akal bagaimana hendak mendapatkan makanan selain capati. Tiba-tiba ia melihat orang di sebelah makan sejenis bubur, lalu ia memberitahu isterinya ..Kita akan minta makanan itu.. Kebetulan pula orang sebelah mengangkat tangan dan meminta dengan kuat kepada pelayan...ZAMMBEGHA..! katanya..
Sisuami sangat gembira..Oh namanya zammbegha......lantas mengangkat tangan dan berkata ZAMMEGHA kepada pelayan..
Selang beberapa minit pesanan 'bubur' jiran sebelah pun sampai..
Kemudian pasangan itu melihat pelayan  membawa hidangan untuk mereka. Apabila dihidangkan ianya CAPATI juga... Suami-isteri itu
kehairanan..lalu makan juga sampai habis.Setelah selesai membayar mereka terus pulang ke kampung tanpa datang-datang lagi ke bandar.......Sekian.
(zammbegha..maksudnya tambah lagi)

No comments:

Post a Comment