ศัตรูที่แท้จริงของมนุษย์คือปัญญาและการถูกสาปจะไม่รู้

ศัตรูที่แท้จริงของมนุษย์คือปัญญาและการถูกสาปจะไม่รู้
Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil. ( Saidina Ali Abi Talib)


KOPI CINTA

Faiz berkenalan dengan seorang gadis dalam satu keramaian. Selesai keramaian itu dia mempelawa gadis itu minum kopi bersamanya. Faiz begitu gugup..maklum pertama kali buat begitu..
Tak terkata agak lama, Faiz  pun berkata kepada pelayan"Tolong ambilkan garam,saya nak bubuh garam dalam kopi". Orang sekeling memandang, sigadis sangat hairan lalu bertanya kerana ingin tahu..jawabnya ''Masa kecil dulu saya tinggal barhampiran laut. air laut masin..sekarang setiap kali minum kopi masin,saya teringat zaman kecil, kampung halaman, ayah-ibu...oh rindunya'... Sigadis amat teruja dan terharu dan terasa telah menemui seseorang yg begitu hebat tentang cinta...
Hubungan terus terjalin.. akhirnya mereka menjadi suami-isteri..Setiap kali dia membuatkan kopi untuk suaminya,dibubuhkan garam kerana ia tahu itulah kegemaran suaminya. Setelah 40 tahun bersama sisuami meninggal dunia. Faiz meninggalkan sepucuk surat untuk isterinya yang berbunyi..'Sayang..maafkan abang kerana telah berbohong sepanjang hidup bersamamu tentang kopi masin...sebenarnya abang sangat gugup saat perkenalan pertama kita..tapi abang teruskan keadaan itu kerana tak sanggup memberitahumu..Sekarang abang telah tiada..abang ingin nyatakan abang tgak suka kopi masin,tapi sejak bersamamu abang minum kopi masin sepanjang hidup namun abang tak pernah menyesal..Abang bahagia bersamamu..andainya saat itu berulang kembali abang tetap akan menjadikanmu isteri walaupun terpaksa minum kopi masin sekali lagi..'
Sambil membaca airmata siisteri membasahi surat itu......


Suatu hari seseorang telah bertanya kepadanya..'Bagaimana rasanya kopi diisi garam?' Dia menjawab..'Rasanya begitu manis..

No comments:

Post a Comment