Anak Itik Belum Pulang....
Hari sudah hampir senja.Ibu Itik sangat gelisah kerana anak anaknya masih belum pulang. Ia mengelilingi sarangnya sampai menjenguh dan berteriak..kuek,kuek,kuek.....
Tanpa disedarinya seekor anak harimau sedang mengintainya..Hm..tentu daging itik sangat sedap..bisiknya. Ibu Itik mula melangkah mencari anaknya...tetiba ia tersentak kerana dihadapannya ada seekor anak harimau. Tanpa direncana ia terus bertanya' Wahai harimau kecil, ada kamu nampak anak anak aku..aku risau dah nak malam mereka belum pulang?' katanya.
'Err tak nampak' jawab sianak harimau sambil membiarkan ibu itik berlalu..
'Tak pe biar dulu' bisik anak harimau. 'Nanti aku baham dengan anak anaknya sekali.
Sebentar kemudian kelihatan anak anak itik berjalan pulang . Ibu Itik terus menerpa anak anaknya. Dek terlalu gembira ibu Itik memeluk satu persatu anak anaknya hingga menangis tersedu-sedu. Anak anak Itik turut menangis bila ibunya begitu. Anak Harimau yang menyaksikan babak sedih itu pun tak tertahan, maka bejurailah airmatanya sambil berlari pulang.. Maka terbatallah hasratnya nak membaham itik sekeluarga..

No comments:
Post a Comment