ศัตรูที่แท้จริงของมนุษย์คือปัญญาและการถูกสาปจะไม่รู้

ศัตรูที่แท้จริงของมนุษย์คือปัญญาและการถูกสาปจะไม่รู้
Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil. ( Saidina Ali Abi Talib)


Hazrat jabir ra meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,"Al- Quran adalah pemberi syafaat yg syafaatnya diterima dan sebagai pembela yg pembelaannya dibenarkan. Sesiapa  meletakkan Al-Quran di hadapan, Al-Quran akan membawanya ke
syurga,sesiapa meletakkan Al-Quran di belakang maka Al-Quran akan mencampakkannya ke dalam neraka.."

Keterangan Hadith ini bermaksud bahawa jika Al-Quran  mensyafaati sesiapa sahaja, syafaat Al-Quran itu di terima oleh ALLAH s.w.t.Maksud daripada 'pembelaan Al-Quran' telah dijelaskan pada hadith kelapan, yakni Al-Quran akan merayu di mahkamah ALLAH s.w.t. bagi meninggikan darjat mereka yang menurut perintah-2.
Sementara, mereka yg tidak menunaikan hak-2, Al-Quran
akan menuntut,"Kenapa engkau tidak menunaikan hak-2ku?"
Sesiapa sahaja yg menyimpan Al-Quran dgn baik yakni dgn
menurut perintah Al-Quran dan menjadikannya peraturan hidup
Maka Al-Quran akan membawa org itu ke syurga.
Manakala,sesiapa yg membelakangkan Al-Quran yakni
tidak mengikutinya Maka tidak ragu-2 lagi Al-Quran
akan mencampakkannya ke dalam neraka...
Bersikap acuh tidak acuh terhadap Al-Quran juga termasuk dalam
maksud meletakkan Al-Quran di belakang. Banyak hadith yg
memberi amaran terhadap bersikap acuh tidak acuh
terhadap Al-Quran. 



Dalam kitab Sahih Bukhari ada sebuah hadith yg panjang tentang
Rasulullah s.a.w. di bawa berjalan melihat sebahagian balasan di
akhirat. ALLAH s.w.t. telah memperlihatkan kepada Baginda
s.a.w. keadaan seorang yg kepalanya di hentakkan dengan
batu. Hentakan itu begitu kuat sehingga kepala itu hancur.
Apabila di tanya oleh Rasulullah s.a.w. , Baginda s.a.w. di beritahu
bahawa Allah swt telah mengajar AL-Quran kepada orang
tersebut,tetapi dia tidak pun membacanya pada waktu malam
dan tidak juga beramal dengannya pada waktu siang.
Oleh kerana itu,seksaan sedemikian akan berterusan ke
atasnya sehingga ke hari kiamat.
Semoga Allah s.w.t. menerusi rahmatNya melindungi kita
daripada azabNya itu.
Sememangnya Al-Quran yg suci adalah satu nikmat yg
besar,apa-2 sahaja azab yg di kenakan kerana tidak
mengendahkan Al-Quran adalah patut..

No comments:

Post a Comment