ศัตรูที่แท้จริงของมนุษย์คือปัญญาและการถูกสาปจะไม่รู้

ศัตรูที่แท้จริงของมนุษย์คือปัญญาและการถูกสาปจะไม่รู้
Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil. ( Saidina Ali Abi Talib)


♥ .:|:. ♥ .:|:. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ:. ♥ .:|:. ♥

...Ya Allah..bila kudratku terbatas..

وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

“Dan Allah memiliki nama-nama yang indah, maka berdo’alah kepadanya dengan nama-nama-Nya tersebut. Dan jauhilah orang-orang yang menyimpang dalam (memahami) nama-nama-Nya. Mereka akan dibalasi terhadap apa yang mereka lakukan.“ (QS. Al-A’raf: 180).

Menulis naskah ini sebenarnya hanya adalah satu perkongsian rasa. Bertemankan dengan kalimah Asmaulhusna di halwa telinga, mendesak diri untuk meluahkan sesuatu.

Semoga ada yang membaca hingga ke hujung tinta.

Pernahkah kita mengalami sesuatu situasi yang ketika berlakunya situasi tersebut, kita tidak mampu untuk menolong? Dalam perjalanan pulang dari kampung melalui lebuhraya, tiba-tiba ternampak ada seorang perempuan, terkial-kial menukar tayar keretanya yang pancit di bahu jalan.

Hendak berhenti, kita berada di lorong paling kanan.

Mana mungkin? Silap-silap kita akan ditimpa kemalangan.

Adakah kita hanya memandang dengan perasaan yang kosong?

Atau di dalam hati, timbul sedikit kekesalan, rasa simpati dan empati. Namun sempat melontarkan sepuing doa agar ada sesiapa yang bakal menolongnya untuk menukarkan tayar kereta.

Itu mungkin situasi anda.

Ini situasi saya.

Ketika dalam perjalanan pulang dari kelas pulang ke rumah dengan memandu kereta, di luar hujan turun dengan agak lebat.

Tiba-tiba saya ternampak dua orang lelaki berkulit hitam yang berjubah sedang berlari dalam hujan.

"Gaya macam budak Universiti Madinah ni.."

"Takkan nak bagi tumpang. Aku perempuan, seorang lagi..mereka berdua.." Saya bermonolog sendiri.

Antara kemahuan hendak menolong atau tidak, saya mengambil keputusan untuk tidak memberhentikan kereta.

Alasan pertama, kerana saya tidak mengenal mereka.

Alasan kedua, saya takut kalau mereka akan mengapa-apakan saya. Kadar jenayah semakin tinggi dan manusia semakin kreatif dalam melakukan sesuatu untuk menyempurnakan kehendak.

Lantas apa yang mampu saya lakukan hanya berdoa agar mereka selamat ke destinasi. Walaupun saya dapat menggagak yang mereka pasti basah lenjun apabila sampai ke destinasi nanti.

Itulah nuansa yang berdengung di hujung mata fikir.

Antara tindakan yang ideal dan desakan hati.

Tindakah yang ideal ialah memberi mereka untuk menumpang kereta saya.

Desakan hati menjerit, "Jangan..!! takut diapa-apakan nanti.."

Begitulah yang sering berlaku. Namun akhirnya kekesalan akan menghambat kita dalam setiap detik yang berlalu.

Rasa kalah. Rasa seperti tidak berupaya. Rasa seperti terlalu mementingkan diri. Semua berantakan satu sama lain.

Sepatutnya apabila melihat kesusahan orang lain, kita membantu. Melihat kepada kezaliman, kita cuba benteras. Melihat pada kemungkaran, sepatutnya kita menegur. Itulah idealnya.

Namun dalam banyak pengalaman, keinginan untuk melakukan yang ideal meronta-ronta, namun pelbagai keadaan yang menghalang.

Atau mungkin, keadaan itu kita jadikan satu alasan untuk tidak berbuat apa-apa.

Dan pada akhirnya, untuk menutup semua gejolak rasa yang melanda, hanya sepuing doa tertancap di hujung hati.

'Ya Allah, ampunkan aku.."

"Ya Allah..aku tidak sempurna.."

Begitulah kita tiada kesempurnaan.

Kesempurnaan itu hanya milik Allah..Al-Jalil..Yang Maha Sempurna.

Saya? Jauh dari kesempurnaan.

Namun tetap saya akan terus mencuba.

“Allah hendak memberikan keringanan kepadamu dan manusia dijadikan bersifat lemah.” (QS. An Nisa’ : 28)

Wallahu'alam..

No comments:

Post a Comment